Close

nubia Flip 5G tiba di Malaysia dengan harga mencecah RM3999

Telefon boleh-lipat baru dari nubia iaitu Flip 5G kini tiba untuk pasaran tempatan iaitu Flip 5G. Merupakan telefon boleh-lipat pertama dari nubia dan menggunakan lipatan jenis clamshell.

Flip 5G telahpun diperkenalkan pada acara MWC 2024. Hadir dengan skrin utama bersaiz 6.9-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz. Manakala skrin kedua, ia hadir dengan rekaan bulat beraiz 1.43-inci dengan resolusi 466×466. Skrin kedua peranti ini boleh digunakan untuk melihat pelbagai informasi ringkas seperti kawalan media, melihat pemanggil dan menjawab panggilan.

Telefon lipat pertama dari nubia ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP depth sensor. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 4310mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. nubia mendakwa yang engsel Flip 5G mampu bertahan sehingga 200,000 lipatan.

Di Malaysia, nubia Flip 5G ini dijual pada harga mencecah RM3999 untuk 8GB + 25GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli dengan harga lebih murah RM2499 dari 15 hingga 17 April 2024.

Harga istimewa ini hanya boleh didapatkan di Lazada dengan penebusan baucar dan tersedia selagi stok masih ada.

ARTIKEL BERKAITAN