Close

BMW i7 pertama kemalangan dan terbakar di Malaysia?

Sebuah kenderaan elektrik BMW i7 dipercayai telah terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di kawasan Taman Setiawangsa.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Perkara tersebut disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Menurut sumber, kereta tersebut dikatakan telah terbakar sepenuhnya ketika kemalangan. Walaubagaimanapun, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan masih lagi dijalankan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN