Close

Leica Leitz Phone 3 diperkenalkan – Guna cip Snapdargon 8 Gen 2 dengan bateri 5000mAh

Leica mengemas kini penawaran telefon pintar mereka dengan memperkenalkan Leica Leitz Phone 3. Seperti generasi sebelumnya, Leica Leitz Phone 3 masih membawakan identiti yang sama dengan menawarkan kemampuan kamera mirip seperti Leica sebenar.

Perbezaan ketara pada Leica Leitz Phone 3 adalah dari segi rekaan dan cip yang digunakan. Tampil dengan rekaan jenis bulat dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Pada Leica Leitz Phone 2 ia menggunakan rekaan jenis berkotak dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Kekal dengan spesifikasi yang sama, Leica Leitz Phone 3 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.6-inci IGZO Pro OLED bersama paparan 240Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB, storan dalaman 512GB dan bateri 5000mAh.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 47.2MP 1-inci + 1.9MP Kedalaman. Sementara, untuk swafoto ia hadir dengan kamera 12.6MP. Menarik dengan peranti ini, ia hadir dengan widget Golden Hour yang memperlihatkan pengguna waktu terbaik untuk mengambil gambar dan menyokong pelbagai filter khas yang mirip seperti kamera Leica sebenar.

Seperti generasi sebelumnya, Leica Leitz Phone 3 hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja dan akan dijual bermula 19 April ini. Namun begitu, harga jualan peranti ini masih lagi menjadi rahsia.

ARTIKEL BERKAITAN