Close

OnePlus akan turut hadir dengan fungsi AI Generatif

OnePlus nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam membawakan fungsi AI Generatif pada peranti mereka seperti mana yang ditawarkan oleh Samsung dan HONOR.

Beikutan itu, OnePlus akan membawakan fungsi AI Eraser pada peranti mereka. Fungsi ini membolehkan pengguna memadam objek atau manusia pada imej melalui aplikasi galeri. Fungsi ini mirip seperti mana yang dibawakan oleh Google melalui Magic Eraser dan Samsung melalui Galaxy AI.

Untuk permulaan, fungsi ini akan tersedia pada 5 model iaitu OnePlus 11, OnePlus 12, OnePlus 12R, OnePlus Nord CE 4 dan OnePlus Open. Kemas kini dengan fungsi ini dijangka akan mula dilepaskan pada bulan ini.

Selain fungsi AI Eraser, OnePlus dijangka akan mengingtergrasikan lebih banyak fungsi AI Generatif pada peranti mereka pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN