Close

Pesaing Instgram dari TikTok akan dikenali sebagai ‘TikTok Notes’

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang TikTok bakal memperkenalkan pesaing kepada Instagram. Aplikasi tersebut akan memfokuskan kepada perkongsian gambar.

Terbaru, aplikasi tersebut mungkin akan dikenali sebagai TikTok Notes. Lebih menarik, beberapa pengguna telahpun menerima notifikasi mengenai aplikasi tersebut untuk perkongsian gambar. Laporan lain turut mendedahkan yang aplikasi tersebut telah berada di fasa pembangunan namun tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tiba untuk pengguna.

Pengenalan aplikasi ini dijangka bakal mengembangkan kemampuan TikTok dalam perkongsian sosial. Selain itu, ketibaan aplikasi dijangka akan menjadikan pesaingan menarik antara ByteDance dan Meta. Pada tahun lalu, Instagram berjaya mengatasi TikTok untuk menjadi aplikasi paling popular atau paling banyak dimuat turun di dunia selepas mencatat peningkatan muat turun sebanyak 20% berbanding 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN