Close

Instagram kalahkan TikTok – Jadi aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia

Instagram berjaya mengatasi TikTok untuk menjadi aplikasi paling popular atau paling banyak dimuat turun di dunia selepas mencatat peningkatan muat turun sebanyak 20% berbanding 2022.

Menurut laporan, untuk tahun 2023, Instagram telah dimuat turun sebanyak 767 juta di seluruh dunia dengan peningkatan sebanyak 20% lebih tinggi berbanding pada tahun 2022. Manakala, TikTok pula hanya mencatatkan muat turun sebanyak 733 juta dengan peningkatan hanya 4% berbanding tahun yang sama.

Peningkatan tersebut dikatakan berpunca dari pengenalan fungsi Reels pada Instagram. Reels sememangnya dicipta untuk bersaing dengan TikTok, memfokuskan kepada format video pendek dan boleh disunting. Selain itu, terdapat beberapa fungsi menarik di bawah Reels seperti Reels Remix, Template khas dan lain-lain.

Antara sebab penurunan TikTok dikatakan berpunca daripada masalah pengharaman aplikasi tersebut di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Nepal.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN