Close

Telefon Xiaomi ada iklan? – Ini cara tutup iklan pada telefon Xiaomi

Tidak dinafikan, iklan adalah salah satu perkara paling tidak menarik dan tidak disukai kebanyakan pengguna. Xiaomi, antara pengeluar yang meletakkan iklan pada peranti mereka.

Namun, tahukah anda iklan tersebut boleh dinyahaktifkan atau ditutup dengan beberapa cara mudah. Kebanyakan iklan pada peranti Xiaomi boleh dimatikan dengan menyahaktifkan fungsi MIUI System Ads (MSA) dan Ads services. Berikutan itu, kami ingin berkongsi cara untuk menutup iklan pada peranti Xiaomi.

Cara tutup fungsi MIUI System Ads (MSA)

  • Buka aplikasi Settings.
  • Pergi ke bahagian Passwords & security.
  • Pilih Authorization & revocation.
  • Cari MSA kemudian toggle off .
  • Tunggu beberapa saat kemudian tekan ‘Revoke’.

Cara tutup fungsi Ads services

  • Buka aplikasi Settings.
  • Pergi ke bahagian Passwords & security.
  • Pergi ke bahagian Privacy.
  • Pilih Ad services kemudian toggle off pada Personalize ads.

Cara tutup notifikasi iklan

  • Buka aplikasi Settings.
  • Pergi ke Apps.
  • Pilih Manages App.
  • Cari aplikasi Themes dan tekan Notifications.
  • Kemudian toggle off pada ‘Show Notifications’.

Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan cara untuk menyahaktifkan atau menutup iklan mengikut kepada sistem operasi dan model peranti. Selamat mencuba.

ARTIKEL BERKAITAN