Close

MSI Claw dah boleh dibeli di Malaysia – Harga bermula RM3499

Konsol mudah alih pertama dari MSI iaitu Claw secara rasminya tiba untuk pasaran tempatan. Tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti ROG Ally atau Steam Deck dan ditawarkan dalam dua pilihan varian.

MSI Claw hadir dengan skrin IPS sebesar 7-inci dengan resolusi FHD yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan CPU Intel Core Ultra 5 135H atau Intel Core Ultra 7 155H yang digabungkan dengan GPU Inter Arc. Untuk konfigurasi memori, ia dilengkapi dengan 16GB RAM LPDDR5-6400 dan storan dalaman sehingga 1TB SSD PCIe 4.0.

Dari segi kawalan, MSI Claw ia hadir dengan sokongan D-pad, butang analog, butang ABXY, butang trigger dan butang tambahan yang diletakkan pada bahagian bawah konsol .Terdapat juga pembesar suara yang diletakkan pada bahagian dapat dan juga lampu RGB. Sistem penyejukkan MSI Cooler Boost Hyperflow turut dimuatkan untuk aliran haba yang lebih baik.

Dimuatkan dengan bateri 53Whr yang menyokong pengecasan pantas 65W. MSI mendakwa yang ketahanan bateri peranti ini adalah 50% lebih tahan berbanding konsol mudah alih lain di pasaran. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti sambungan 1x Type-C, bicu audio 3.5mm, slot mikroSD, WiFi 7 dan menjalankan sistem operasi Windows 11 Home.

Di Malaysia, MSI Claw dijual pada harga bermula RM3499 untuk Intel Core Ultra 5 135H dan RM3999 untuk Intel Core Ultra 7 155H. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 9 hingga 21 Mac 2024.

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM499 seperti travel case, tempered glass screen protector, rantai kunci, lanyard, topi, patung MSI Lucky, langganan Ubisoft+ selama tujuh hari dan langganan Xbox Ultimate Game Pass selama sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN