Close

Google Pixel 8a mungkin lebih mahal berbanding Pixel 7a

Peranti mampu milik dari Google yang seterusnya iaitu Pixel 8a dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Seperti kebiasaan, peranti ini akan hadir dengan spesifikasi yang setaraf dengan siri Google Pixel 8 namun ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik.

Gambar : Onleaks X Smartprix

Terbaru, menurut laporan harga jualan untuk Pixel 8a dikatakan akan menjadi lebih mahal berbanding Pixel 7a. Selain itu, Pixel 8a akan ditawarkan dalam 2 pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB. Harga jualan Pixel 8a dijangka bermula sekitar €570 (RM2921) untuk 128GB dan €630 (RM3229) untuk 256GB

Sebagai perbandingan, Pixel 7a dijual pada harga sekitar €500 (RM2562) untuk 128GB dan tiada pilihan storan 256GB. Peningkatan harga jualan untuk Pixel 8a dilihat meningkat agak ketara iaitu sekitar (RM358) €70. Dengan harga jualan yang sedikit lebih mahal ia berkemungkinan akan memberi kesan kepada angka jualan Pixel 8a.

Laporan tersebut turut menyatakan yang Pixel 8a akan ditawarkan dalam 4 pilihan warna yang sama seperti siri Pixel 8 iaitu Obsidian, Porcelain, Bay dan Mint. Untuk spesifikasi, Pixel 8a bekemungkinan hadir dengan cip Tensor G3, 8GB RAM dan skrin bersaiz 6.1-inci. Google dijangka akan memperkenalkan Pixel 8a pada sekitar April atau Mei 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN