Close

Kamera Leica SL3 diperkenalkan – Apa yang baru?

Leica Malaysia kini sedia menawarkan kamera full-frame mirrorless baru untuk pasaran tempatan melalui model Leica SL3. Merupakan pengganti kepada generasi sebelumnya iaitu Leica SL2 yang diperkenalkan pada 2019. Leica SL3 tampil dengan pelbagai spesifikasi yang menarik dan rekaan yang lebih baik.

Dari segi rekaan, Leica SL3 tampil dengan beberapa perubahan kecil antara kedudukan dail kini diletakkan di bahagian atas sebelah kiri dan butang menu utama kini diletakkan di sebelah kanan bahagian belakang. Selain itu, ia kini lebih ringan iaitu 769 gram berbanding SL2 835 gram dan menyokong penarafan IP54.

Leica SL3 dilengkapi dengan sensor 60MP CMOS full-frame yang menyokong Lensa L Mount. Turut hadir dengan fungsi triple variable resolution technology yang memboleh imej diambil dalam resolusi yang berbeza iaitu 60MP, 36MP atau 18MP. Mempunyai julat ISO 50 hingga 100,000 dengan 15 julat dinamik dan 15fps untuk tangkapan imej berterusan.

Leica turut membawakan sistem autofokus yang lebih baik, mengabungkan tiga teknologi berbeza iatu Contrast Detection, Object Detection dan Phase Detection. Terdapat juga fungsi pengecaman muka dan mata, pengesanan haiwan dan pengesanan tindakan yang dipertingkat. Untuk rakaman video, ia mampu merakam pada resolusi sehingga 8K dengan pelbagai pilihan format termasuk codec H.265 (HEVC) dan ProRes.

Menggunakan skrin LCD bersaiz 3.2-inci yang boleh dicondongkan bersama EVF OLED dengan resolusi 5.76 juta titik. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pilihan storan termasuk sokongan untuk kad memori CFexpress jenis B dan SD UHS-II, port pengecasan USB-C, HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Di Malaysia, Leica SL3 dijual pada harga RM36,400 sebuah. Bagi yang berminat, anda boleh daftar minat melalui laman web rasmi Leica.

ARTIKEL BERKAITAN