Close

HONOR Magic6 RSR Porsche Design akan tiba pada 18 Mac ini

Selepas memperkenalkan edisi khas HONOR Magic V2 RSR Porsche Design. HONOR nampaknya bakal membawakan satu lagi edisi khas melalui model Magic6 RSR Porsche Design. Acara pelancaran peranti ini telahpun dijadualkan iaitu pada 18 Mac ini.

Namun begitu, rekaan Magic6 RSR Porsche Design buat setakat ini masih lagi menjadi rahsia. Kita mungkin boleh menjangkakan ia bakal tampil dengan rekaan yang lebih menarik bersama dengan kemasan yang lebih premium seperti mana pada Magic V2 RSR Porsche Design. Dari segi spesifikasi, mungkin terdapat beberapa perubahan kecil yang membezakan dengan model biasa.

Untuk Magic6 Pro, ia hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3,12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Kamera  50MP + 180MP + 50MP dan swafoto  50MP + 3D ToF. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Pada acara tersebut, HONOR dijangka akan turut mengumumkan dua lagi peranti baru iaitu HONOR Magic6 Ultimate Edition dan komputer riba HONOR Magic Pro 16.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN