Close

TikTok Photos mungkin diperkenalkan – Pencabar kepada Instagram?

Pemilik kepada TikTok iaitu ByteDance mungkin akan memperkenalkan aplikasi baru iaitu TikTok Photos. Seperti namanya, aplikasi ini akan menjadi pencabar kepada Instagram yang dimiliki oleh Meta.

Menurut laporan, aplikasi TikTok Photos telah dikesan melalui versi terbaru TikTok dengan nombor binaan 33.8.4 (com.zhiliaoapp.musically). Berdasarkan dari maklumat tersebut, beberapa kod baris yang mengambarkan aplikasi tersebut telah dikesan seperti “Open TikTok Photos”, “Get TikTok Photos” dan “Share this post to TikTok Photos” Lebih menarik, terdapat baris kod menyatakan yang aplikasi ini akan tiba tidak lama lagi.

Selain itu, terdapat juga beberapa variasi ikon untuk TikTok Photos yang menggunakan skema warna yang hampir sama seperti aplikasi TikTok. Aplikasi ini mungkin akan ditawarkan secara berasingan dan dijangka akan tersedia untuk Android dan iOS. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai ketibaan aplikasi ini.

Ketibaan aplikasi dijangka akan menjadikan pesaingan menarik antara ByteDance dan Meta. Pada tahun lalu, Instagram berjaya mengatasi TikTok untuk menjadi aplikasi paling popular atau paling banyak dimuat turun di dunia selepas mencatat peningkatan muat turun sebanyak 20% berbanding 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN