Close

Tesla Model Y mula diserahkan kepada pemilik di Malaysia

Tesla Malaysia mula menyerahkan kenderaan utiliti sukan elektrik (SUV) Model Y kepada pemilik di Malaysia. Tesla Model Y merupakan EV pertama yang ditawarkan di pasaran tempatan dengan pra-tempahannya dibuka pada 14 Julai tahun lalu.

Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Model Y RWD, Long Range AWD dan Perfomance AWD. Harga jualan bermula dari RM199,000 untuk RWD, RM246,000 untuk Long Range AWD dan RM288,000 untuk Perfomance AWD yang juga merupakan varian paling tinggi.

Untuk Model Y RWD, ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu bergerak sejauh 430 km (WLTP). Manakala untuk Model Y Long Range AWD, hadir dengan motor berkembar dengan pacuan semua roda belakang yang mampu bergerak sejauh 533 km (WLTP).

Varian paling tinggi iaitu Model Y Perfomance AWD, dilengkapi dengan motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda mampu bergerak sejauh 514 km (WLTP). Selain itu, Model Y turut hadir dengan beberapa penambahan fungsi seperti Autopilot dengan harga RM16K dan Full Self-Driving (FSD) dengan harga RM32K.

Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada 20 Julai 2023. Pada ketika ini, Tesla telahpun menyediakan lebih dari 67 stesen pengecasan dan mempunyai Ibu Pejabat di Cyberjaya.

ARTIKEL BERKAITAN