Close

Tesla Destination Charger kini tersedia di Pulau Pinang

Selepas memperkenalkan Tesla Supercharge di Melaka, Tesla terus menambah stesen pengecasan mereka ke satu lagi lokasi baru iaitu di Pulau Pinang.

Terdapat 12 Destination Charger telah dipasang di Pulau Pinang dengan 8 stesen pengecasan terletak di The Ship Campus, Batu Kawan dan 4 lagi stesen pengecasan di All Season Place, Lebuhraya Thean Aik di Air Itam.

Untuk stesen pengecasan The Ship Campus, ia berada di kawasan tempat letak kereta luar di pintu masuk utama. Manakala di All Season Place, ia berada di kawasan tempat letak kerata Level G. Kedua-dua stesen pengecasan ini tersedia untuk Tesla EV sepanjang hari.

Selain Destination Charger, Tesla dijangka akan turut memperkenalkan Tesla Supercharge di Pulau Pinang namun tarikh pelancaran masih lagi tidak didedahkan.

Secara keseluruhan, Tesla kini mempunyai 67 stesen pengecasan di seluruh Malaysia iaitu 30 Tesla Supercharge dan 37 Tesla Destination Charger. Tesla dijangka akan terus menambah lebih banyak stesen pengecasan di Malaysia dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN