Close

Senarai peranti yang dapat Xiaomi HyperOS versi stabil

Pada acara pelancaran Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra di MWC 2024 di Barcelona. Xiaomi turut berkongsi maklumat terbaru mengenai kemas HyperOS yang akan diterima oleh model sebelumnya.

Kemas kini Xiaomi HyperOS versi stabil diijangka akan mula dilepaskan secara berperingkat bermula separuh pertama tahun 2024. Berikutan itu, Xiaomi turut berkongsi senarai peranti yang akan menerima kemas kini tersebut. Menariknya, siri Redmi Note 12 turut tersenarai dalam peranti yang akan menerima HyperOS versi stabil.

HyperOS direka untuk disesuaikan dengan pelbagai peranti pintar lain seperti tablet, jam tangan pintar, peranti pintar rumah dan juga kereta elektrik Xiaomi. Selain itu, HyperOS juga dikatakan akan menjadi ekosistem yang akan memudahkan pengguna untuk mengawal dan mengurus peranti.

ARTIKEL BERKAITAN