Close

OnePlus Watch 2 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon W5 Gen 1 dan WearOS

Selepas 3 tahun OnePlus Watch diperkenalkan, OnePlus kini sedia untuk memperkenalkan jam tangan pintar generasi seterusnya iaitu OnePlus Watch 2. Peranti ini tampil dengan spesifikasi menarik, ketahanan bateri yang lebih baik dan menggunakan sistem operasi WearOS.

OnePlus Watch 2 hadir dengan rekaan bulat dan menggunakan binaan dari Stainless Steel yang lebih tahan dari aluminium. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.43-inci dengan kecerahan puncak 1000 nits. Berbeza dengan jam tangan pintar lain, OnePlus Watch 2 menggunakan ‘Dual Engine Architecture’. Yang mana ia membolehkan peranti ini menggunakan dua cip dan dua sistem operasi berbeza. Untuk cip Snapdragon W5 Gen 1 ia menjalankan WearOS sementara cip BES2700 menjalankan sistem operasi RTOS.

Sistem operasi WearOS digunakan untuk tugasan utama dan sokongan aplikasi manakala RTOS pula digunakan untuk tugasan yang lebih ringan ketika dalam mod tidak digunakan. Dengan menggunakan Dual Engine Architecture ia memberikan ketahanan bateri yang lebih baik dan lebih panjang.

Melengkapkan peranti ini, ia hadir dengan 2GB RAM dan 32GB storan dalaman. Bateri 500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan VOOC 7.5W. OnePlus mendakwa yang peranti ini mampu bertahan sehingga 100 jam dalam mod pintar dan 48 jam untuk penggunaan yang lebih berat.

Turut menyokong pelbagai fungsi kesihatan lain seperti pemantauan tidur, pemantauan kadar degupan jantung, pemantauan tekanan, pemantauan pernafasan dan tahap oksigen. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai aktiviti sukan dan senaman seperti Tenis dan Badminton.

Untuk harga jualan, OnePlus Watch 2 dijual pada harga sekitar $300 (RM1433). Ditawarkan dalam 2 pilihan iaitu Radiant Steel dan Black Steel. Tidak dapat dipastikan adakan peranti ini akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN