Close

Samsung Galaxy Ring diperlihatkan di MWC 2024

Sebelum ini, Samsung telahpun memperlihatkan Galaxy Ring pada acara Galaxy Unpacked. Malangnya, pada acara tersebut Samsung tidak memberikan sebarang maklumat mengenai peranti tersebut.

Terkini, melalui acara MWC 2024 yang berlangsung di Barcelona. Samsung secara rasmi berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Galaxy Ring tampil dengan rekaan seperti cincin berwarna perak jenis berkilat dan terdapat pelbagai sensor pemantauan kesihatan yang diletakkan di bahagian dalam.

Galaxy Ring dikatakan mampu memberikan bacaan kadar denyutan, pernafasan, ECG, pemantauan tidur dan pemantauan tekanan darah. Selain itu, ia akan turut hadir dengan fungsi Vitality Score yang mengumpul data fizikal dan mental untuk memantau produktiviti pengguna. Penjejakan kesihatan dan fungsi tersebut boleh diakses melalui Samsung Health.

Menurut laporan lain, Galaxy Ring akan hadir dalam pilihan saiz antara 5 hingg 13 dengan kapasiti bateri berbeza mengikut saiz. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Silver, Black dan Gold.

Buat masa ini, spesifikasi penuh mengenai Galaxy Ring masih tidak didedahkan oleh Samsung. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan bersama dengan Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

ARTIKEL BERKAITAN