Close

Xiaomi SU7 akan mula dijual di China bermula Mac ini

Selepas diperkenalkan pada Disember tahun lalu. Kenderaan elektrik (EV) pertama dari Xiaomi iaitu SU7 akan mula dijual di China bermula bulan ini. EV pertama dari Xiaomi ini adalah sebuah sedan empat pintu dan ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu SU7 dan SU7 Max.

Walaubagaimanapun, EV pertama dari Xiaomi ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini. Xiaomi tiada rancangan untuk menawarkan EV pertama mereka di luar China sebaliknya hanya memfokuskan kepada satu pasaran sahaja. Namun begitu, pada masa akan datang rancangan tersebut mungkin akan berubah.

Xiaomi SU7 dilengkapi dengan motor tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 294 hp dan 400 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 5.28 saat sahaja. Kelajuan maksimum pada 210 km/j dengan jarak gerak sehingga 668 km.

Manakala untuk Xiaomi SU7 Max, ia dilengkapi dengan dwi-motor yang mampu menghasilkan kuasa 663 hp dan 838 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 2.78 saat. Kelajuan maksimum pada 265 km/j dengan jarak gerak sehingga 800 km.

Xiaomi belum lagi mendedahkan harga jualan untuk EV mereka. Pengumuman harga jualan dijangka akan dilakukan melalui acara khas yang akan berlangsung pada 28 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN