Close

OnePlus Nord CE4 akan diperkenalkan pada 1 April ini

OnePlus secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu Nord CE4 yang akan diperkenalkan pada 1 April ini. Merupakan sebuah peranti mampu milik dengan beberapa peningkatan spesifikasi yang lebih baik.

Peranti mampu milik baru dari OnePlus ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3. Cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 15% dan peningkatan GPU sehingga 50% serta lebih jimat kuasa sehingga 20%. Selain itu, ia akan menyokong pengecasan yang lebih pantas iaitu 100W.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh OnePlus mengenai peranti ini. Menurut laporan lain, OnePlus Nord CE4 akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci, tri-kamera belakang dengan sensor 50MP dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Dark Chrome atau Celadon Marble. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN