Close

CIMB Clicks kini menghadapi masalah untuk diakses

Perkhidmatan perbankan CIMB Clicks dilaporkan menghadapi masalah untuk diakses oleh pengguna.

Berikutan dari masalah itu, CIMB melalui platform X (Twitter) mengesahkan yang perkhidmatan mereka kini berada dalam masalah dan tidak boleh diakses. Dalam masa yang sama, CIMB menyatakan yang mereka sedang cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Masalah perkhidmatan ini bukan sahaja CIMB Clicks tetapi merangkumi CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Credit dan juga Self Service Terminals.

Melalui tinjauan kami di laman Downdetector, perkhidmatan perbankan CIMB mula tidak boleh diakses sekitar 2.30 pm dan pada ketika ini terdapat 179 laporan telah direkodkan.

Ini bukanlah kali pertama perkhidmatan perbankan CIMB tidak boleh diakses. Ketika artikel ini ditulis, perkhidmatan perbankan CIMB belum lagi boleh diakses seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN