Close

Unifi TV tawar 78 saluran percuma sempena Hari Raya – Bermula 7 hingga 13 April 2024

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Unifi TV kini menawarkan 78 saluran secara percuma untuk semua pengguna selama 7 hari bermula 7 hingga 13 April 2024.

Saluran percuma ini tersedia kepada pelanggan sedia ada atau bukan pelanggan Unifi TV. Antara saluran yang ditawarkan secara percuma adalah seperti One HD, TVN, CineMax HD, TVN Movies, Cartoon Network, Colors, HBO dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa saluran yang hanya ditawarkan secara percuma selama 4 hari sahaja iaitu pada 8, 9, 12 dan 13 April 2024. Saluran tersebut adalah beIN Sports 1 HD, beIN Sports 2 HD, beIN Sports 3 HD dan beIN Sports 4 HD.

Lebih menarik, saluran percuma ini turut boleh ditonton melalui aplikasi Unifi TV melalui peranti Android dan iOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN