realme secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu GT Neo6 SE pada 11 April ini di China. Perkongsian tersebut turut mendedahkan rekaan peranti tersebut.
GT Neo6 SE hadir dengan rekaan panel belakang jenis berkilat dengan mengunkan kemasan dua tona warna. Menggunakan rekaan sisi jenis rata dan terdapat butang suara dan kuasa yang diletakkan di bahagian sisi.
Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang yang dipadankan dengan dwi-LED flash yang diletakkan secara bersebelahan. Namun begitu, tiada maklumat mengenai sensor yang digunakan namun kamera utama peranti ini menggunakan kamera 50MP.
Untuk spesifikasi, peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3, 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.