Close

Touch ‘n Go eWallet kenakan caj 1% untuk transaksi luar negara bermula 25 April ini

Seperti yang kita tahu, Touch ‘n Go eWallet menyokong transaksi pembayaran luar negara melalui kerjasama AliPay+. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk melakukan pembelian ketika melancong.

Namun, bermula 25 April ini Touch ‘n Go akan mula mengenakan caj sebanyak 1% untuk setiap transaksi luar negara yang dilakukan. Caj tersebut akan disertakan secara automatik ke dalam jumlah bayaran, mengikut kepada pertukaran harian negara yang dilawati.

Sebelum ini, Touch ‘n Go eWallet tidak mengenakan sebarang caj untuk transaksi pembayaran di luar negara. Pembayaran melalui kod QR ini dilihat lebih memudahkan pengguna dan tidak lagi memerlukan pengguna mengeluarkan atau menukar wang tunai untuk berbelanja ketika melancong.

Pada ketika ini, pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet menyokong pelbagai negara antaranya seperti China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Australia, United Kingdom, Filipina, Thailand, Indonesia, Itali dan Jerman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN