Close

Rekaan iPhone 16 dan iPhone 16 Pro tertiris – Apa yang baru?

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai case atau kerangka iPhone 16 yang telah tertiris. Sekaligus, mengesahkan beberapa maklumat mengenai peranti itu seperti rekaan kamera belakang dan mempunyai butang tambahan baru iaitu Capture Button.

Terbaru,‘mold’ atau acuan yang didakwa sebagai iPhone 16 dan iPhone 16 Pro pula tertiris. Perkongsian tersebut, menguatkan lagi laporan sebelum ini yang menyatakan iPhone 16 dan iPhone 16 Pro akan mempunyai beberapa perubahan.

Semua iPhone 16 akan dilengkapi dengan butang tambahan iaitu Action Button dan juga Capture Button. Sebelum ini, Action Button hanya tersedia iPhone 15 model Pro. Manakala, Capture Button adalah butang tambahan baru yang membolehkan rakaman foto atau video dibuat dengan hanya satu klik sahaja.

Saiz skrin untuk iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max dikatakan lebih besar berbanding model sebelumnya iaitu 6.1-inci kepada 6.3-inci (iPhone 16 Pro) dan 6.7-inci kepada 6.9-inci (iPhone 16 Pro Max). Selain itu, iPhone 16 Pro masih mengekalkan rekaan kamera belakang yang sama. Manakala, iPhone 16 menggunakan rekaan kamera belakang jenis menegak mirip seperti iPhone X.

Walaubagaimanapun, laporan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Mungkin akan terdapat perubahan pada rekaan akhir. Namun begitu, ia sedikit sebanyak memberikan gambaran mengenai rekaan iPhone 16 dan iPhone 16 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN