Close

Guna tips ni kalau nak gambar raya korang cantik

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Seperti kebiasaan, pada hari istimewa ini kita akan berkumpul dan berkunjung. Selain itu, sudah menjadi kemestian untuk bergambar dengan ahli keluarga dan sanak saudara pada hari tersebut.

Jadi, kalau nak hasil gambar yang cantik korang boleh cuba semua tips ini.

1. Bersihkan lens kamera

Perkara ini mungkin nampak remeh, tapi bagi kesan dekat hasil gambar yang diambil. Jadi, korang wajib bersihkan lens kamera bila setiap kali nak ambil gambar.

2. On Grid lines atau Level tool

Kalau nak hasil gambar dengan framing yang cantik, korang wajib hidupkan fungsi Grid lines atau Level tool dekat peranti korang.

3. Waktu dan pencahayaan yang sesuai.

Untuk dapat hasil imej yang lebih baik dan cantik perlu ada pencahayaan yang baik. Untuk waktu pagi, kami sarankan sekitar 7.30 hingga 9.30 pagi. Manakala untuk waktu petang sekitar 5.30 hingga 6.30 pm.

4. Tap to focus sebelum snap.

Untuk elakkan hasil gambar menjadi blur atau tak sharp, pastikan buat tap to focus sebelum mengambil gambar.

5. On fungsi HDR untuk gambar lebih vibrant.

Fungsi ini memberikan hasil gambar mempunyai dynamic range lebih baik dan lebih vibrant.

6. Adjust Exposure mengikut keadaan.

Sekiranya kawasan terlalu terang atau gelap, adjust exporsure untuk dapatkan hasil gambar yang lebih baik.

7. Guna mod potret untuk gambar half body.

Untuk hasil gambar half body yang lebih cantik dan menarik, mod potret adalah jawapan yang terbaik untuk perkara tersebut.

8. Pastikan background kontra dengan warna baju.

Elakkan background dan warna baju yang sama. Supaya hasil gambar tak blend dengan background.

9. Guna lens bersesuaian dengan situasi.

Untuk hasil gambar yang lagi menarik, pelbagaikan penggunaan lens (Ultrawide, Telephoto atau Normal Photo 1x) namun pastikan ia bersesuaian dengan keadaan dan situasi.

10. Guna mod Hi-Res atau RAW.

Hasil gambar dengan resolusi tinggi atau RAW membolehkan details gambar dapat dikekalkan. Sekaligus, menjadikan gambar kekal baik selepas proses editing atau crop.

11. Tunjuk contoh gambar jika minta bantuan orang lain.

Jika perlu bantuan orang lain untuk mengambil gambar. Ambil gambar terlebih dahulu dengan angle dan komposisi yang dimahukan. Tunjuk hasil gambar untuk dijadikan contoh.

12. Guna Tripod tinggi untuk gambar ramai atau keluarga dan set timer.

Tripod tinggi memberikan hasil gambar yang lebih baik untuk gambar keluarga. Jangan lupa, tetapkan timer sekitar 10 saat untuk dapatkan moment yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN