Close

Tecno POVA 6 Neo diperkenalkan – Guna cip MediaTek Helio G99 dengan bateri 7000mAh

Tenco memperkenalkan satu lagi peranti di bawah siri POVA 6 iaitu POVA 6 Neo. Menarik mengenai peranti ini, ia hadir dengan sistem lampu LED Dynamic-Light Effect pada panel belakang dengan bateri 7000mAh.

POVA 6 Neo dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.  Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP53, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3 dan menjalankan sistem opeasi berasaskan Android 14.

Buat masa ini, tiada lagi maklumat mengenai harga jualan peranti ini. Ia mungkin akan akan diumumkan dalam masa terdekat. Sebagai rekod, Tecno POVA 6 Pro sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan harga RM999.

ARTIKEL BERKAITAN