Close

Disney+ bakal menyekat perkongsian akaun bermula Jun ini

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang Disney+ akan mula menyekat perkongsian akaun atau kata laluan bermula tahun ini.

Terbaru, Disney+ menyatakan yang perkara tersebut akan mula dilaksanakan bermula Jun 2024. Untuk permulaan, sekatan perkongsian ini akan dilaksanakan ke beberapa negara terpilih dalam pasaran sebelum diperluaskan kepada lebih banyak negara menjelang September ini.

Dengan perlaksanaan ini, pengguna yang berkongsi kata laluan perlu membayar caj tambahan untuk menambah profil baru kepada pengguna yang tidak tinggal di bawah satu bumbung.

Pelaksanaan ini dilihat sebagai salah satu cara Disney+ untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Sebelum ini, sekatan perkongsian ini hanya dikenakan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN