Close

Disney+ mula menyekat perkongsian kata laluan di Amerika Syarikat

Pengguna Disney+ di Amerika Syarikat mula menerima emel berkenaan dengan perkongsian kata laluan. Melalui emel tersebut Disney+ memberi peringatan untuk tidak lagi berkongsi kata laluan dengan pengguna lain.

Pada tahun lalu, Disney+ telahpun menyatakan yang mereka akan mula mengemas kini terma dan syarat tambahan dalam perkongsian kata laluan. Seterusnya, akan memulakan sekatan perkongsian kata laluan. Dengan perlaksanaan ini, pengguna yang berkongsi kata laluan perlu membayar caj tambahan namun tidak didedahkan jumlah caj tambahan yang akan dikenakan.

Pelaksanaan ini dilihat sebagai salah satu cara Disney+ untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi, seperti mana Netflix yang berjaya menjana pendapatan lebih baik selepas menyekat perkongsian kata laluan.

Tidak hanya Disney+, aplikasi penstriman Hulu turut dijangka akan mula menyekat perkongsian kata laluan tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN