Close

Google Pixel Fold 2 mungkin tiba pada Oktober ini – Guna cip Tensor G4 dan 16GB RAM

Telefon lipat Google yang seterusnya iaitu Pixel Fold 2 dilaporkan mungkin akan diperkenalkan pada Oktober ini. Yang mana, ia mungkin akan diperkenal bersama dengan siri Pixel 9.

Menurut laporan, Pixel Fold 2 tidak akan dijana dengan cip Tensor G3 sebaliknya akan menggunakan cip Tensor G4 iaitu cip sama yang akan digunakan pada siri Pixel 9. Namun begitu, keupayaan prestasi cip Tensor G4 buat masa ini tidak lagi didedahkan.

Pixel Fold 2 dijangka akan dilengkapi dengan konfigurasi RAM yang lebih besar iaitu 16GB. Merupakan konfigurasi RAM paling besar yang pernah digunakan oleh Google pada peranti mereka. Terdapat laporan lain menyatakan yang Google telahpun melakukan ujian awal untuk peranti tersebut.

Sebelum ini, Pixel Fold telahpun diperkenalkan lebih awal iaitu pada bulan Mei tahun lalu melalui acara Google I/O. Pada tahun ini, ia mungkin sedikit berbeza.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN