Close

Rekaan iPhone 16 tertiris – Guna rekaan sama macam iPhone X?

Peminat Apple semestinya mengharapkan sesuatu yang berbeza pada iPhone 16. Namun, perkara tersebut dilihat mungkin tidak akan berlaku pada iPhone 16.

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai iPhone 16 telah tertiris. Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan iPhone 16 tampil dengan rekaan kamera mirip seperti iPhone X. Menggunakan rekaan kamera berbentuk pil yang diletakkan secara menegak dengan kedua-dua kamera diasingkan.

Menariknya, dengan menggunakan susunan kamera menegak ia memungkin iPhone 16 untuk menyokong rakaman video spatial pada iPhone 16. Untuk menyokong rakaman video spatial, ia memerlukan kamera disusun secara menegak, tidak boleh disusun secara menyilang seperti mana pada iPhone 15 dan 15 Plus.

Selain itu, iPhone 16 mungkin akan menyokong action button dan juga capture button. Action button pada iPhone 16 dikatakan mengguna rekaan yang lebih kecil. Menggunakan teknologi kapasitif seperti butang Touch ID dan mampu mengesan tindak balas haptic atau tekanan seperti Force Touch yang digunakan pada MacBook.

Manakala untuk capture button, ia adalah butang khas yang digunakan untuk merakam imej atau video. Bermaksud, butang tersebut adalah butang pintasan yang akan memudahkan pengguna untuk melakukan rakaman video dengan hanya satu klik sahaja.

Walaubagaimanapun, rekaan ini dikatakan hanyalah prototaip dan mungkin terdapat perubahan pada rekaan akhir. Namun begitu, ia sedikit sebanyak memberikan gambaran awal mengenai rekaan iPhone 16.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN