Close

iPhone 16 mungkin hadir dengan butang tambahan baharu – Tersedia untuk semua model?

Ini bukanlah kali pertama terdapat laporan mendedahkan maklumat mengenai butang tambahan baharu yang akan digunakan pada iPhone 16. Butang tambahan tersebut berkemungkinan akan dipanggil sebagai capture button.

Terbaru, Mark Gurman menyatakan butang tambahan tersebut akan digunakan untuk merakam video pada iPhone 16. Bermaksud, butang tersebut adalah butang pintasan yang akan memudahkan pengguna untuk melakukan rakaman video dengan hanya satu klik sahaja.

Jika merujuk kepada imej rekaan iPhone 16 yang bocor, butang tambahan tersebut diletakkan di sebelah sisi kanan menggantikan lokasi yang menempatkan antena mmWave untuk pasaran Amerika Syarikat.

Capture button tidak menggunakan teknologi mekanikal sebaliknya menggunakan teknologi kapasitif yang mempunyai sensor khas untuk mengesan tindak balas haptic. Selain itu, butang tambahan ini berkemungkinan boleh ditetapkan kepada pintasan lain mengikut kepada tahap tekanan.

Tidak seperti action button yang hanya tersedia pada iPhone 15 versi Pro sahaja. Capture button dijangka akan tersedia pada semua model iPhone 16.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN