Close

realme GT3 240W dengan storan 1TB akan dijual bawah RM3000

realme Malaysia telahpun menjadualkan acara pelancaran realme GT3 pada 20 Disember ini. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, realme telah berkongsi satu lagi maklumat baru iaitu berkenaan harga jualannya.

realme menyatakan yang GT3 240W akan dijual pada harga bawah RM3000 untuk konfigurasi 16GB RAM + 1TB storan dalaman. Sekaligus, menjadikan ia peranti andalan pertama yang ditawarkan dengan harga paling murah di pasaran tempatan.

Sebagai perbandingan, peranti andalan dengan storan dalaman 1TB dijual pada harga bermula sekitar RM3499 dan mencecah sehingga RM8499. Namun begitu, realme tidak mendedahkan secara terperinci mengenai harga jualan namun kami menjangkakan harga jualan mungkin bermula sekitar RM2799 hingga RM2999.

Untuk spesifikasi, realme GT3 hadir dengan skrin OLED 6.74-inci resolusi 2772x1240px yang turut menyokong paparan 144Hz dan 2160Hz PWM dimming. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1.

Menggunakan teknologi pengecasan pantas 240W yang mampu mengecas bateri 4600mAh dari 0% hingga 100% dalam masa kurang dari 10 minit. Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro dan 16MP swafoto.

Selain itu, realme GT3 tampil dengan panel belakang lutsinar dan menyokong LED “Pulse Interface System” yang boleh digunakan sebagai lampu notifikasi, mod permainan, tahap bateri dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN