Close

Apple hentikan jualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat

Apple terpaksa menghentikan penjualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat. Bermaksud kedua-dua model tersebut tidak lagi boleh dibeli di Amerika Syarikat.

Langkah tersebut diambil selepas Apple dikatakan telah melanggar paten teknologi yang dimiliki oleh Masimo Corp. Teknologi sensor oksigen dalam darah yang digunakan pada Apple Watch series 9 dan Ultra telah dipatenkan oleh Masimo Corp sebagai teknologi pulse oximeter.

Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) mengarahkan Apple untuk menghentikan penjualan model tersebut di Amerika Syarikat. Berikutan itu, Apple akan menghentikan jualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 bermula 21 Disember secara atas talian dan 24 Disember di semua kedai fizikal.

Namun begitu, Apple masih boleh menjual Apple Watch SE di Amerika Syarikat berikutan model ini tidak menyokong teknologi sensor oksigen dalam darah yang dipatenkan Masimo Corp.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN