Close

Apple dilaporkan sedang membangunkan dua prototaip iPhone boleh-lipat – Mungkin tiba pada 2026

Apple nampaknya masih lagi bercita-cita untuk menghasilkan telefon lipat pertama mereka selepas dikatakan sedang aktif membangunkan dua prototaip untuk iPhone boleh-lipat.

Menurut laporan, Apple dikatakan sedang membangunkan dua prototaip untuk iPhone boleh-lipat. Namun begitu, pembangunan tersebut dikatakan masih lagi diperingkat awal. Buat masa ini, telefon lipat tersebut tiada dalam perancangan untuk pengeluaran pada 2025. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan yang ia akan mula dihasilkan bermula 2026.

Apple dijangka akan menghasilkan dua jenis telefon lipat iaitu clamshell dan fold. Untuk jenis clamshell ia akan menggunakan asas rekaan dari iPhone manakala fold pula akan dihasilkan menggunakan asas rekaan iPad.

Pada 2018, terdapat laporan menyatakan yang Apple berminat untuk menghasilkan telefon lipat. Namun, disebabkan oleh beberapa perkara seperti cabaran teknikal, fungsi yang menarik minat untuk pengguna membeli dan juga harga telah menyebabkan pembangunan telefon lipat ini menjadi tidak pasti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN