Close

ASUS ROG Zephyrus G14 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM7999

ASUS Malaysia secara rasmi memperkenalkan komputer riba permainan baru mereka untuk pasaran tempatan melalui model ROG Zephyrus G14. Tampil dengan spesifikasi yang dipertingkat dan reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Untuk rekaan, ROG Zephyrus G14 tampil dengan rekaan yang lebih kukuh dan menggunakan rangka dari aluminium. Sistem penyejukan juga turut dipertingkat untuk memastikan suhu sentiasa berada di paras yang optimum. Selain itu, ia kini tidak lagi menggunakan Anime Matrix sebaliknya diganti dengan ROG Slash Lighting Array.

Untuk spesifikasi, ROG Zephyrus G14 ia dilengkapi dengan skrin ROG Nebula Display OLED bersaiz 14-inci resolusi QHD+ dengan paparan 120Hz. Turut menyokong warna gamut DCI-P3, DisplayHDR True Black 500, Dolby Vision dan juga kecerahan puncak 500 nits.

Ditawarkan dalam 2 pilihan konfigurasi, pertama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050, RAM 16GB dan storan 512GB. Kedua, menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, RAM 32GB dan storan 1TB. Kedua-dua varian ini dikuasakan dengan cip pemprosesan yang sama iaitu AMD Ryzen 9 8945H dengan bateri 73Wh.

Dari sambungan, ia dilengkapi dengan 1x USB-4 Type-C, 1x USB 3.2 Type-C, 2x USB 3.2 Type A, 1x HDMI, 1x MikroSD dan 1x Audio jack. Ia juga turut menyokong sokongan WiFi 6E, Bluetooth 5.3, pembesar suara jenis stereo dan Two way AI Noise cancelation.

Di Malaysia, ROG Zephyrus G14 ditawarkan pada harga bermula RM7999 untuk NVIDIA GeForce RTX 4050 dan meningkat kepada RM8999 untuk NVIDIA GeForce RTX 4060. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapati di semua pengedar rasmi ASUS Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN