Close

realme 12+ mungkin hadir dengan cip Dimensity 7050

realme telahpun memperkenalkan dua varian di bawah siri realme 12 iaitu realme 12 Pro dan realme 12 Pro+. Tampil dengan rekaan yang lebih menarik dengan sentuhan dari Rolex.

Gambar : Nashville Chatter

Terbaru, realme dijangka akan memperkenalkan satu lagi varian di bawah siri yang sama iaitu realme 12+. Peranti tersebut dikatakan akan dijana dengan cip Dimensity 7050. Merupakan cip yang sama digunakan pada model sebelumnya iaitu realme 11 Pro+. Selain itu, realme 12+ dijangka akan menjalankan Android 14 dengan antara muka realme UI 5.0.

Untuk spesifikasi, realme 12+ dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci, paparan 120Hz, bateri 5000mAh, pengecasan 67W dan kamera 50MP. Siri realme 12 akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN