Close

realme GT6 dikesan melepasi SIRIM Malaysia – Mungkin tiba dalam masa terdekat?

Peranti andalan dari realme iaitu GT6 telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan gambaran yang peranti tersebut akan tiba ke pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Peranti tersebut telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 5 April 2024 dengan menggunakan kod nama RMX3851 (realme GT6) dan didaftarkan di bawah syarikat DTL Malaysia Sdn Bhd. Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini. Selain itu, peranti ini juga belum lagi diperkenalkan di mana-mana pasaran.

Jika mengikut kepada generasi sebelum ini, siri GT dari realme ini merupakan sebuah peranti yang memfokuskan kepada prestasi dan dijual pada harga lebih mampu milik. Pada ketika ini, realme Malaysia telahpun menawarkan realme GT3 untuk pasaran tempatan.

Buat masa ini, realme Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai peranti ini. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN