Close

Tenco POVA 6 Pro 5G tiba di Malaysia dengan harga RM999

Tecno Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model POVA 6 Pro 5G. Merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang tampil dengan spesifikasi dan rekaan yang menarik.

Menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sistem lampu LED Dynamic-Light Effect pada panel belakang yang mirip seperti Nothing Phone. Lampu LED Dynamic-Light Effect ini mempunyai 210 LED dan menyokong 9 mod. Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapa dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Potrait dan Swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 70W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP53, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3 dan menjalankan sistem opeasi berasaskan Android 14.

Di Malaysia, POVA 6 Pro 5G dijual pada harga RM999 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh boleh mula dibeli bermula 2 April ini melalui Shopee, Lazada dan TikTok Tecno Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN