Close

Galaxy AI tiba untuk pengguna Malaysia – Tersedia untuk siri Galaxy S23, siri Galaxy Tab S9, Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5

Berita gembira buat pengguna Samsung di Malaysia, fungsi Galaxy AI yang ditawarkan pada siri Galaxy S24 akhirnya tersedia untuk semua pengguna melalui kemas kini One UI 6.1.

Kemas kini bersaiz sekitar 3GB itu hadir dengan 10 fungsi Galaxy AI iaitu Circle to Search with Google, Note Assist, Chat Assist, Live Translate, Browsing Assist, Interpreter, Transcript Assist, Generative Edit, Instan Slow-mo dan Edit Suggestion. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya tersedia untuk peranti terpilih sahaja iaitu siri Galaxy S23, siri Galaxy Tab S9, Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5.

Namun begitu, fungsi Galaxy AI ini hanya tersedia secara percuma sehingga penghujung tahun 2025 sahaja. Selepas itu, mungkin akan ada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan fungsi ini. Terdapat beberapa sebab kenapa Galaxy AI perlu dibayar antaranya seperti kos dan servis untuk penyelenggaraan.

Kemas kini peranti anda kepada yang terkini untuk mula menikmati fungsi Galaxy AI.

ARTIKEL BERKAITAN