Close

‘Case’ iPhone 16 tertiris – Sah guna rekaan kamera menegak?

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai rekaan iPhone 16 yang tampil dengan rekaan kamera mirip seperti iPhone X. Menggunakan rekaan kamera berbentuk pil yang diletakkan secara menegak dengan kedua-dua kamera diasingkan.

Terbaru, ‘case’ atau kerangka pelindung yang didakwa sebagai iPhone 16 telah tertiris. Perkongsian tersebut, mengesahkan laporan sebelum ini yang menyatakan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus akan hadir dengan rekaan kamera menegak seperti iPhone X.

Dengan menggunakan susunan kamera menegak ia memungkin iPhone 16 untuk menyokong rakaman video spatial pada iPhone 16. Untuk menyokong rakaman video spatial, ia memerlukan kamera disusun secara menegak, tidak boleh disusun secara menyilang seperti mana pada iPhone 15 dan 15 Plus.

Selain itu, pada case tersebut terdapat bahagian yang dipotong untuk menempatkan butang tambahan baru iaitu Capture Button. Bermaksud, iPhone 16 tidak hanya dimuatkan dengan Action Button tetapi akan turut dimuatkan dengan Capture Button.

Walaubagaimanapun, case ini hanyalah prototaip dan mungkin terdapat perubahan pada rekaan akhir. Namun begitu, ia sedikit sebanyak memberikan gambaran awal mengenai rekaan iPhone 16.

ARTIKEL BERKAITAN