Close

HONOR X9b 5G dengan storan 512GB tiba di Malaysia – Dijual pada harga RM1699

Telefon lasak dari HONOR iaitu X9b 5G kini hadir dengan pilihan storan yang lebih besar iaitu 512GB dengan harga jualan RM1699. Siri X ini memfokuskan kepada keupayaan yang lasak dan kukuh dengan menggunakan teknologi baharu iaitu Ultra-Bounce Anti-Drop.

Sebelum ini, HONOR X9b 5G hanya ditawarkan dalam satu pilihan storan dalaman sahaja iaitu 256GB yang dipadankan dengan 12GB RAM. Untuk spesifikasi, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci yang menyokong paparan 120Hz dan PWM Dimming pada 1920Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, bateri 5800mAh dan pengecasan pantas 35W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5M Ultra Lebar + 2MP Makro. Untuk Swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 16MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooh 5.1 dan menjalankan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Bagi yang berminat, HONOR X9b 5G dengan storan 512GB kini tersedia untuk dibeli pada harga RM1699. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM759 seperti TWS HONOR Choice Earbuds X5 dan jaminan srkin retak selama setahun.

ARTIKEL BERKAITAN