Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula diberikan kepada penerima yang layak bermula 3 April ini. Pembayaran STR ini akan melibatkan 8.4 juta penerima dengan kadar bayaran bermula RM100 hingga RM650.
SIARAN MEDIA BERKENAAN KERAJAAN TINGKATKAN PERUNTUKAN STR FASA 2 SEBANYAK 20%; 8.4 JUTA RAKYAT AKAN MENERIMA BANTUAN SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI pic.twitter.com/qp8GbpVx1B
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) April 1, 2024
Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sedia ada dan penerima baru yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.

Selain itu, sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR. Anda perlu membuat permohonan baru bagi membolehkan proses pengesahan mengikut kategori STR dimuktamadkan.
Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.