Close

vivo Y03 tiba di Malaysia dengan harga RM399

vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti untuk pasaran tempatan melalui model Y03. Merupakan sebuah peranti kelas permulaan yang ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Dari segi spesifikasi, Y03 hadir dengan skrin IPC LCD bersaiz 6.56-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + sensor QVGA dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui port USB-C. Spesifikasi yang lain turut dibawakan adalah penarafan IP54 ,Bluetooth 5.0 dan menjalankan FunTouchOS 14.

Di Malaysia, vivo Y03 dijual pada harga RM399 untuk 4GB + 128GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Gem Green dan Space Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi vivo Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN