Kenderaan Elektrik (EV) pertama dari Xiaomi iaitu SU7 telah berjaya mencipta rekod yang tersendiri apabila mencatatkan tempahan sebanyak 50,000 hanya dalam masa 27 minit sahaja.
Berikutan dari kejayaan tersebut, terdapat laporan mendedahkan yang Xiaomi mungkin akan memperkenal EV kedua mereka pada penghujung tahun ini. Menariknya, EV kedua yang akan diperkenalkan adalah dari segmen Sport Utility Vehicle (SUV).
Pemilihan segmen SUV mungkin pilihan yang tepat berikutan segmen tersebut mempunyai permintaan yang tinggi pada ketika ini. Selain itu, segmen SUV merupakan pemegang terbesar dalam pasaran dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara model SUV elektrik yang popular pada ketika ini adalah seperti Tesla Model Y dan Toyoto RAV4.
Berikutan itu, Xiaomi menyasarkan untuk memperkenalkan segmen tersebut lebih awal kerana permintaan yang baik dalam masa yang sama mengembangkan lagi penawaran EV mereka.