Close

Cukai jalan EV akan diumumkan bulan depan – Lagi murah dari ICE?

Penstukturan untuk cukai jalan atau Lesen Kenderaan Elektrik Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) kini berada di peringkat akhir dan dijangka akan diumumkan pada bulan depan.

Kerajaan terpaksa menjalankan proses yang terperinci untuk menjadikan cukai jalan EV lebih menarik dan lebih murah berbanding kenderan Internal Combustion Engine (ICE). Selain itu, cabaran utama dalam penstukturan cukai jalan EV adalah perbandingan antara kapasiti (CC) kereta ICE dan EV.

Dalam masa yang sama, komitmen kerajaan adalah untuk merendahkan cukai berkenaan supaya pembeli EV membayar cukai pada harga yang berpatutan. Dengan cukai yang lebih berpatutan ia akan mengalakkan rakyat untuk membeli kenderaan elektrik.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pengecualian cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. Pengecualian ini hanya melibatkan kereta yang dipacu dengan sumber elektrik, tidak tertakluk kepada kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin petrol/diesel.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN