Close

Ini tarikh akhir pos barang untuk Shopee – Terima barang sebelum Hari Raya

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, Shopee melalui laman rasmi mereka telah berkongsi tarikh akhir penghantaran barang untuk diterima oleh pengguna sebelum Hari Raya.

Berikutan itu, Shopee telah menetapkan tarikh akhir atau cut-off date untuk pengeposan barangan pada 4 hingga 9 April 2024 untuk kawasan Semenanjung (WM). Manakala, 1 hingga 2 April 2024 untuk Sabah dan Sarawak (EM). Namun begitu, tarikh tersebut berbeza mengikut kepada kurier.

Pesanan yang dibuat selepas dari tarikh tersebut akan dihantar kepada pengguna selepas Hari Raya. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk merancang pembelian mereka lebih awal sekaligus membolehkan barangan diterima sebelum Hari Raya.

ARTIKEL BERKAITAN