Close

Cara bayar Zakat Fitrah ‘Online’ untuk tahun 2024

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keistimewa dan keberkatan. Selain berpuasa dan melakukan pelbagai bentuk kebaikan umat islam turut diwajibkan untuk membayar Zakat Fitrah bagi yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sepanjang bulan ramadan sehingga 1 syawal iaitu sebelum selesainya solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Di era serba moden ini, pembayaran Zakat Fitrah bukan sahaja boleh dilakukan secara bersemuka tetapi ia turut boleh dilakukan secara dalam talian. Berikutan itu, kami ingin berkongsi cara pembayaran Zakat Fitrah secara dalam talian dan juga kadar bayaran Zakat Fitrah untuk tahun 2024.

Kadar bayaran Zakat Fitrah untuk tahun 2024 :

  • Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan : RM7.00 / RM15.00 / RM22.00
  • Selangor : RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Negeri Sembilan : RM7.00 / RM12.50 / RM22.00
  • Johor : RM7.00 / RM13.00 / RM20.00
  • Kedah : RM7.00 / RM14.50 / RM22.00
  • Kelantan : RM7.00 / RM12.00 / RM20.00
  • Melaka : RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Pahang : RM7.00 / RM12.00 / RM20.00
  • Perak : RM8.00 / RM16.00 / RM24.00
  • Pulau Pinang : RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Terengganu : RM10.00 / RM22.00
  • Sabah / Sarawak : RM7.50
  • Perlis : RM7.00

Bayar Zakat Fitrah secara dalam talian mengikut negeri :

Selain pembayaran melalui portal rasmi pusat zakat negeri, terdapat beberapa alternatif pembayaran melalui aplikasi antaranya MAE, Boost dan CIMB Clicks.

Bayar Zakat Fitrah melalui MAE :

  • 1- Buka aplikasi MAE.
  • 2- Pilih Pay Bills dan pergi ke bahagian Zakat.
  • 3- Seterusnya, pilih pusat zakat dan jenis zakat.
  • 4 – Pilih jenis beras, masukkan bilangan tanggungan dan bayaran untuk siapa.
  • 5- Masukkan nombor telefon dan tekan ‘continue’.
  • 6- Seterusnya, lakukan lafaz niat bayar zakat dan tekan ‘Pay Now’.

Bayar Zakat Fitrah melalui Boost :

  • 1- Buka aplikasi Boost dan pilih ‘More’.
  • 2- Pergi bahagian ‘Community Services’ dan pilih ‘Zakat Collection’.
  • 3- Pilih pusat zakat dan masukkan butiran peribadi.
  • 4- Pilih harga beras dan bilangan tanggungan untuk pembayaran.
  • 5- Tekan ‘Pay Zakat’ dan masuk nombor PIN untuk selesaikan transaksi.

Bayar Zakat Fitrah melalui CIMB Clicks :

  • 1- Buka aplikasi CIMB Clicks.
  • 2- Pilih Payments dan pergi ke Pay Bill.
  • 3- Seterusnya, buat carian zakat dan pilih pusat zakat.
  • 4 – Masukkan butiran peribadi, jenis zakat, jumlah bayaran dan tekan “Make Payment”.
  • 5- Seterusnya, lakukan lafaz niat bayar zakat dan tekan ‘Approve’.

ARTIKEL BERKAITAN