Samsung secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran Brazil iaitu Galaxy M55 5G. Tampil dengan pelbagai peningkatan menarik dan dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1.
Dari segi rekaan, Galaxy M55 5G ini hadir dengan rekaan sisi jenis bulat dengan tetapan tri-kamera belakang mirip seperi siri Galaxy S24. Skrin hadapan jenis rata dengan kamera swafoto jenis punch hole yang diletakkan di bahagian tengah.
Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersazi 6.7-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50M + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 50MP.
Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti Bluetooth 5.2. NFC, pembesar suara jenis stereo, Samsung Knox Vault, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14. Samsung turut menjanjikan kemas kini sehingga 4 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan.
Untuk pasaran Brazil, Galaxy M55 5G ini dijual pada harga sekitar BRL3199 (RM3014) untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Green dan Dark Blue. Tidak dapat dipastikan adakah peranti akan turut tersedia untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.