Close

Siri HUAWEI P70 mungkin diperkenalkan pada 2 April ini

HUAWEI dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka pada 2 April ini di China. 4 pilihan model dijangka akan diperkenalkan iaitu HUAWEI P70, P70 Pro, P70 Pro+ dan P70 Pro Art.

Menurut sumber, HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran siri P70 pada 2 April 2024 merujuk kepada poster pelancaran yang telah tertiris. Lebih menarik, poster tersebut turut mendedahkan rekaan kamera belakang yang akan digunakan siri HUAWEI P70. Rekaan kamera belakang baru ini dilihat mirip seperti Fidget Spinner dan berbeza dengan model sebelumnya.

Selain itu, siri HUAWEI P70 dijangka akan dikuasakan dengan cip Kirin 9000S yang menggunakan teknologi binaan 7nm. Menggunakan kamera utama 50MP, Swafoto 13MP dan menyokong pengecasan pantas 88W.

HUAWEI buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti dan acara pelancarannya. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN