Close

Rekaan OnePlus 13 tertiris – Guna rekaan kamera belakang berbeza

OnePlus dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka dalam beberapa bulan sahaja lagi. Berikutan itu, telah ada laporan mendedahkan rekaan peranti tersebut.

Melalui rekaan yang dikongsi, memperlihatkan OnePlus 13 akan hadir dengan rekaan kamera belakang yang berbeza dari model sebelumnya. Bermaksud, tiada lagi rekaan kamera bulat yang bersambung dengan bingkai sebaliknya menggunakan rekaan kamera jenis segi empat sama dengan sudut bulat.

OnePlus 13 dilihat masih menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Hasselblad. Kedudukan butang juga dilihat tiada perubahan dengan butang kuasa dan suara di sebelah kanan dan butang alert slider di sebelah kiri. Selain itu, rekaan panel belakang mungkin menggunakan rekaan jenis melengkung.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 13 dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 4. Walaubagaimanapun, laporan ini masih tidak dipastikan kesahihannya dan mungkin akan ada perubahandari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN